Masuk dalam mindaku dan lawat masa lalu Perjuangan hidupku bukan ramai yang tahu Dari media sosial memang nampak sempurna Permukaan yang dirancang waktu ku berdusta Lapan tahu lalu aku dah diberi peluang Dihalang oleh ego juga kekurangan wang Kalau keras kepala dan tiada hala tuju Walau pisau diasah tapi jalan kan tetap buntu Aku tak nak kalah Bila serba boleh Parut zaman dulu aku simpan bawah solek Dulu abang- abang OG suka beri nasihat, Sekarang tak bersapa takut mahkota kena culik Aku takkan mengalah Aku takkan mengalah Itu cerita dulu Masa depan ku cerah Masa depan ku cerah Sekarang tak melulu Dulu masa jumpa semua nak elak-elak Sekarang namaku macam penyakit dah merebak Dulu waktu kecil mereka tidak perhati Sekarang hanya namaku yang mereka menanti Dulu masa jumpa semua buat tak kenal Sekarang mintak gambar sebab dah International Dulu bila mula mereka tak ambil kisah Sekarang mintak temu duga masuk dalam paper Aku ingat dulu waktu party dekat Lust Bawah umur tapi Tai Yong bagi aku pass Naik atas pentas curi mikro dari Mika Orang ramai tergamam bilaku rap lagu Onika Dulu payment sedikit Sekarang boleh meminta Bukan buat untuk berduit Berkarya kerana cinta Walau derita demi cinta Ku mula dengan Aman Maksud tersirat Ku rahsiakan ke akhir zaman Tipah tertipu tertipu tipu tertipah Kiniku tolak tawaran akibat rezeki melimpah Dulu dalam majalah nama sering disalah eja Aku takkan mengalah Aku takkan mengalah Itu cerita dulu Masa depan ku cerah Masa depan ku cerah Sekarang tak melulu Dulu masa jumpa semua nak elak-elak Sekarang namaku macam penyakit dah merebak Dulu waktu kecil mereka tidak perhati Sekarang hanya namaku yang mereka menanti Dulu masa jumpa semua buat tak kenal Sekarang mintak gambar sebab dah International Dulu bila mula mereka tak ambil kisah Sekarang mintak temu duga masuk dalam paper