Janganlah kau mengeluh Atas segala ujian yang mendatang Menimpa bersinggah setiap masa Kerana ia adalah pengukur Setiap susuk tangga yang tersedia Atas apa yang kau minta Jangan persalahkan dunia kerana Kau selalu mengalah terhadap Setiap rintangan yang melanda Jangan persalahkan mereka kerana Kau tak mahu bangun berusaha Menguburkan sifat mudah mengalah Janganlah kau mengalah Atas segala tentangan yang bersinggah Setiap usaha yang kau bina Dari setiap titik keringan yang membasahi Setiap rongga rongga masa Untuk mendapatkan apa yang kau cita cita Tiap kejayaan punya harga dan usaha Jika engkau sentiasa bermimpi Duduk berdiri mengira hari Tanpa punya jiwa untuk berlari