Kaulah satu-satunya Di antara berjuta Insan teristimewa Patah tak tumbuh lagi Hilang belum berganti Kerana kau tersendiri Sebutir bintang di angkasa Sinarannya mempersona Sebutir bintang di taman seni Cahayanya berseri Biar bertahun masa beredar Satu wajah, satu nama takkan pudar Tetap jelas di ruang mata Setiap gerak dan gaya Bergetaran merdu sinar Di persada budaya Hingga kini menjadi sebutan Tetap terpahat namamu di ingatan Kaulah satu-satunya Di antara berjuta Insan teristimewa Patah tak tumbuh lagi Hilang belum berganti Kerana kau tersendiri Kau kebanggaan kita Kau budayawan bangsa Kau legenda Kau legenda Kau legenda Legenda