Jiwa cemas, otak cemas Badan tak menentu (ce-cemas) Rasa cemas, muka cemas Macam nampak hantu (ce-cemas) Makin cemas jiwa terasa Bila kulihat cerita dunia Cuba tenang tapi tak bisa Gundah gulana nampaknya di mata Berita ke udara, udara dah dicemar Cemas takut tewas dek berita yang digempar Virus yang menular atau viral yang dikejar Simpan silap dalam tangan orang lain yang dicema (cemas) Tangan dah dicuci sorok dalam saku Elak sebar kuman atau informasi tipu (cemas) Mulut dah bertopeng cakap biar ragu-ragu Aklimasinya media jurang inflamasi lipu (cemas) Makin ramai yang dipoket mahu kaut untung Ditipu masa kini belakang atau hujung (cemas) Tak kira warna kulit atau yang disanjung Yang si akalnya bijak atau yang si akal bambung Citarasa rakyat makin dengar makin gayat Makin naik tinggi makin rasa tak selamat Pendapat, pendapatan ataupun kerna darjat Betulkah masih sempat ataunya hampir kiamat? Jiwa cemas, otak cemas Badan tak menentu (ce-cemas) Rasa cemas, muka cemas Macam nampak hantu (ce-cemas) Makin cemas jiwa terasa Bila kulihat cerita dunia Cuba tenang tapi tak bisa Gundah gulana nampaknya di mata Gelombang yang kedua sentuhan pada agama Yahudi, Hindu, Kristen, Islam mahu juga Buddha Yang tua atau muda, tak kira apa bangsa Yang mahunya dilihat unsur sejagat manusia Pertuturan dinilai, pergerakan dilihat Penglihatan dinilai, diatur dalam niat Kebaikan dinilai, kejahatan dilihat Rohani dah dinilai kini alam yang melihat Tiba masa untuk bersihkan segala Jangan haru biru kan segalanya yang ada Jika ada selera boleh cuba tepuk dada Bilakah mahu aman? Kan kita semua sama Meditasikan diri waktu masa yang diberi Cuba belajar guna akal untuk tambah lagi seri Sebelumnya terlambat dunia makin huru-hara Tiada lagi suka-suka hanya tinggal buku lara Jiwa cemas, otak cemas Badan tak menentu (ce-cemas) Rasa cemas, muka cemas Macam nampak hantu (ce-cemas) Makin cemas jiwa terasa Bila kulihat cerita dunia Cuba tenang tapi tak bisa Gundah gulana nampaknya di mata Ce-cemas, ce-cemas Ce-cemas, ce-cemas