Selamat Aidilfitri Kepada saudara serta saudari Setahun hanya sekali Merayakan hari yang mulia ini Di masa bulan Ramadan Kita berpuasa hingga sebulan Pabila Syawal menjelma Hari Raya disambut dengan gembira ♪ Miskin kaya memakai baju baru warna-warni Mengunjungi sanak kaum famili Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini Tua muda wajah berseri-seri Marilah bergembira Bersama menikmati Hari Raya Mintak mak kuih sepotong Saya mahu makan kerana perut kosong ♪ Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan Diharap supaya jangan disimpan Ku berdoa selamat panjang umur murah rezeki Semoga Tuhan akan memberkati Selamat Hari Raya Hari untuk kita bersuka ria Selamat kami ucapkan Untuk kita hingga sampai tahun depan ♪ Di Hari Raya Terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana Ayah serta bondaku Di tepian mandi Danauku hijau yang damai selalu Nun di sanalah tempatku bertemu Aku dan dia ♪ Apakan daya Masa tak akan kembali Hancur musnahlah semuanya Impian yang murni Tinggal menjadi kenang-kenanganku Hanya rangkaian kata dengan lagu Dendang Perantau ♪ Hai Selamat Hari Raya Kami semua ucapkan Menikmati hidangan Yang kami sediakan Sila jamu selera Dengan bermacam hidangan Pilih yang mana suka Sila janganlah segan ♪ Rasalah ketupat ini Dengan rendangnya sekali Sudilah rasa kuihku Pilihlah yang mana satu Hai di hari begini Kita menjamu selera Kita bermaaf-maafan Di suasana Hari Raya ♪ Selamat Hari Raya Aidilfitri mulia Ampun maaf dipinta Mensuci hening dosa Setahun menghilang Sekarang menjelang Hari yang bahagia Selamat Hari Raya ♪ Selamat Hari Raya Aidilfitri mulia Ampun maaf diminta Mensuci hening dosa Seruan kita Untuk semua Selamat... Selamat... Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya Hari mulia Bersama mohon doa selamat sejahtera Di hari yang berbahagia ini Bersyukurlah kepada kehadrat Illahi Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya Di pagi yang mulia ucapan diberi Selamat Hari Raya Aidilfitri Salam bersalaman bermaaf-maafan Semoga kesalahan ikhlas diampunkan Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya Sebulan berpuasa lapar dahaga Tunaikan kewajipan perintah agama Semoga jauhkan segala dosa Hidup aman di dunia di akhirat jua Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya Sesudah bersembahyang di pagi Raya Ziarah sanak saudara di hari mulia Nikmati hidangan jamu selera Serta bermohon maaf segala dosa Selamat Hari Raya Selamat Hari Raya ♪ Dengar beduk berbunyi Sayup bergema di subuh sunyi Memanggil kepada muslimin Segera berbakti kepada Illahi Suara azan menyahut Memecah sunyi di subuh hari Memohon restu dengan bakti Kepada Illahi Tuhan Maha Suci ♪ Terdengar suara takbir Memuji nama Illahi Rasa dalam kalbu Tenteram dan aman selalu Kini tiba masanya Hati gembira di Hari Raya Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan dengan keikhlasan Dengar-dengar itu beduk telah berbunyi Sebulan puasa tamatlah hari ini Lekaslah adikku hiaskan rumahmu Biar serba baru untuk para tamu Jangan kau lupa ketupat di dapur Rendang di kuali jangan biar hangus Cuba lihat itu kanak-kanak berlari Di halaman rumah bermain bunga api ♪ Bangunlah anakku pakai baju baru Kawanmu semua telah pun menunggu Dapatkan ayahanda sujud di kakinya Serta jangan lupa nendamu kedua Kita bermaaf dengan keikhlasan Moga bertambah rahmat dari Tuhan Dengar-dengar itu takbir sedang bergema Hening dan mulia di pagi Hari Raya ♪ Menjelang Hari Raya Berakhirnya puasa Bergema takbir senja Menyambut Syawal tiba Suasana riang ria Terlihat sini sana Menyeri malam Raya Terhias indah rupa Oh... cantik berseri-seri Tua dan muda berpakaian serba baru Oh... sungguh meriahnya Miskin kaya pun turut bergembira Selamat Hari Raya Aidilfitri mulia Semoga berbahagia Hidup aman sentosa ♪ Marilah adikku marilah bersamaku Kutukarkan bajumu yang baru Ramailah kawanmu yang telah menunggu Cepatlah siap adikku Panggillah kawanmu duduk keliling meja Makanlah ketupat kuih-muih yang ada Jangan rebut-rebut Makanlah dengan tertib Itulah pesan ibu ♪ Kalau sudah makan jalan ramai-ramai Bersama kawanmu semua Bersalam-salaman bermaaf-maafan Di hari bahagia ini Alangkah girangnya di hari yang mulia Kita semua berhari raya Dengan hati ikhlas zahir batin sekata Selamat Hari Raya ♪ Bila tiba Hari Raya Semua insan bergembira Tetapi bagiku hanya kesedihan Yang menyelubungi hidup Ayah dan juga ibuku Telah pergi selamanya Terbiarlah aku ibarat musafir Yang haus di padang pasir ♪ Siapakah yang sudi Menghulurkan simpati Kepada nasibku ini Agar dapat kurasa Nikmat di Hari Raya Seperti insan yang lain Ku meminta dan berdoa Pada Tuhan Maha Esa Tabahkan hatiku berilah pedoman Cahaya Di Aidil Fitri