Ilham dari pujangga Berdiam diri bukan artinya kau kalah Biar cercaan sekali datang menimpa Sudahlah memang adat di dunia Bersuaralah kamu pada perkara berguna Itulah sifat orang bijaksana Iya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya Tetapi matinya anak muda itu, ialah kerana tergelincir lidahnya Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan ♪ Berikanlah tenaga Untuk nusa dan negara Ini zaman kemajuan Jangan kita ketinggalan Kasih sesama manusia Apa di atas sayangkan diri anda Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang Pandang yang ramai kepada yang satu Usahlah ditanya, apakah bakti negara untuk kamu? Tetapi tanyalah, apakah bakti kamu untuk negara? Berjasalah kamu untuk keharmonian negara Kau katakan pada aku sekarang puan Apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi? Pembela, harapan, dan tiang segala bangsa dan negara Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini? Kau mempunyai akal, bukan? Tepuklah dada, tanya selera ♪ Sunggukanlah hatimu Pertahankan ibu pertiwi Jauhkanlah dirimu Dari perkara yang berbudi Maaf, mudi dan muda Ku susun jari sepuluh Aku bukanlah seorang pujangga Hanya seorang penyanyi biasa