Apakah ini mimpi Hidup sebergini Apakah ini erti Hidup ku berakhir Kusemai benih Mengharap kasih Rupanya tanah tak berbudi Berlagu dalam hati Kau kan menyinari Bernyanyi dalam mimpi Halaman mewangi Ku siram benih Sesuci kasih Rupanya cinta tak bererti Jikalau ku tahu sudahnya Khalimah sakti mu Kuhindar Tidakku rela dipersenda diriku mainan percuma Ini kah balasan air mata Kukorbankan untuk derita Jika Kuturutkan sengsara Jangan sengsara Membakar diri Membunuh nurani Biarlah pergi Semua pergi dari sanubari Kutahu haluan umpama Berlari meniti titian Halangan akan ku tempuhi Kerana janjinya cahaya Diranting harapan kupautkan Pasti kecewa bukan lah jawapan Biar Kurelakan sendiri Berkasih setia hanya padanya Cinta yang abadi Umpama syurga ku temui Istana nursuci Apakah ini mimpi Seindah begini Apakah ini erti Hidup ku berseri Ku semai benih Mengharap kasih Sepohon cinta yang sejati