Kishore Kumar Hits

Nadamurni - Huru Hara şarkı sözleri

Sanatçı: Nadamurni

albüm: Koleksi Top Hits


Huru-hara berlaku di mana-mana
Krisis terjadi di setiap tempat dan masa
Peperangan menggila
Membunuh manusia, musnahkan harta
Kemiskinan, kemelaratan dimerata dunia
Penzaliman terjadi di seluruh dunia
Kerusakan akhlak menghilangkan kemanusiaan
Kasih dan sayang hilang dari hati manusia
Jiwa manusia kosong dan menderita
Huru-hara berlaku di mana-mana
Krisis terjadi di setiap tempat dan masa
Peperangan menggila
Membunuh manusia, musnahkan harta
Kemiskinan, kemelaratan dimerata dunia
Di mana pergi hidup dalam ketakutan
Kerana manusia telah ganas macam haiwan
Bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya
Dengan akalnya, manusia merosak dan memperdaya
Aduh, di manakah kita hendak pergi lari?
Ke manakah kita mahu selamatkan diri?
Ke mana, oh, ke mana kita mahu mengadu?
Kepada siapakah nak minta penyelesaian?
Orang kaya tak boleh diharap lagi
Orang besar pun juga sama sahaja
Para ulama bukan lagi contoh masyarakat
Cerdik, pandai petah bercakap, tiada modelnya
Di mana pergi hidup dalam ketakutan
Kerana manusia telah ganas macam haiwan
Bahkan kejahatan manusia lebih merbahaya
Dengan akalnya, manusia merosak dan memperdaya
Wahai Tuhan kami, kasihanilah kami ini
Jangan biarkan kami dalam derita lagi sengsara
Seorang penyelamat, datangkanlah segera
Membawa rahmat dan karomah, jua berkatnya
Huru-hara berlaku di mana-mana
Krisis terjadi di setiap tempat dan masa
Peperangan menggila
Membunuh manusia, musnahkan harta
Kemiskinan, kemelaratan, di merata dunia
Kemiskinan, kemelaratan, di merata dunia

Поcмотреть все песни артиста

Sanatçının diğer albümleri

Benzer Sanatçılar