Masih tenang Tiada ombak yang bergelora Tiada buaya yang berenang Tiada onar ribut melanda Begitu halus rekahan Yang tersimpan Di hujung ruang Jauh dalam fikiran Dan mata Kita Teguh berdiri Tak terkesan gempa sekeliling Setia berpegang pada janji Jarang sekali berlaga taring Emosi yang cukup mapan Tak terlawan Gundah gulana Bayangan keraguan Cerita sengketa Dengarlah eulogi Tentang legenda yang abadi Bersatu pahlawan dan srikandi Dendangan yang sakti Bentang kasih yang dulu putik Dalam duri, kini diselimuti melati Harum melati sungguh mengasyikkan Mabuk kepayang hampir hilang tujuan Tapi cukup berani bertahun bertahan Berahi dipendam dalam lipatan Perasaan sayang itu yang paling murni Perlahan-lahan telan khilaf segala emosi Sukar sungguh untuk bergelumang Dalam nafsu garang Dengan nawaitu mahu berperang Khayal dalam bahagia Tiada sengketa Tiada sebarang fikiran curiga Kepercayaan mengatasi segala Gagasan yang dipuja Keyakinan dua hala Hala tuju engkau aku Hampir sama dan sekufu, lalu Kita kukuh bak yang satu Takkan rebah terus maju Emosi yang cukup mapan Tak terlawan Gundah gulana Bayangan keraguan Cerita sengketa Dengarlah eulogi Tentang legenda yang abadi Bersatu pahlawan dan srikandi Dendangan yang sakti Bentang kasih yang dulu putik Dalam duri, kini diselimuti melati Dengarlah eulogi Tentang legenda yang abadi Bersatu pahlawan dan srikandi Dendangan yang sakti Bentang kasih yang dulu putik Dalam duri, kini diselimuti melati