Kuciptakan bayangmu Tatkala rinduku parah Ku hampar rasa syahdu Rinduku yang hilang arah Aku yang hampa dalam mesra kehidupan Ku tahu semuanya kan berlaku Kau cintakanlah aku Di kala rindumu ada Ku hampar rasa mahu Biar berjuta ditadah Aku yang hampa dalam belai kerinduan Sedari aku dalam kehambaan (kembahaan) Aku hanya menaruh harapan kepada-Nya Tak mungkin dapat ku berlari darinya Dalam rantai cinta ini, dapatkah kita bahagia? Segala cinta suci, murni hanya milik-Nya, ho-oh Ku tahu semua ini Akan terjadi di dunia ini Pasti berlaku lagi Kerana janji telah dimungkir Ku tahu semua ini Suratan Tuhan Yang Maha Esa Lagi berkuasa tanpa bantuan siapa Aku yang hina ini Aku memohon, Tuhan Bantui aku, rahmati aku, Tuhan Cinta yang satu, cinta yang tak pernah putus Cinta hatiku janganlah biar terhapus Tak sempurna hidup tanpa halangan Pandangan lurus biar dalam pegangan Berdoalah (semoga dipermudahkan) Bertaubat lah (semoga dosa diampunkan) Yang harus, yang kita perlu laku Ingatlah hidup mati tak tentu waktu Aku hanya menaruh harapan kepada-Nya Tak mungkin dapat ku berlari darinya Dalam rantai cinta ini, dapatkah kita bahagia? Segala cinta suci, murni hanya milik-Nya, ho-oh Ku tahu semua ini Akan terjadi di dunia ini Pasti berlaku lagi Kerana janji telah dimungkir Ku tahu semua ini Suratan Tuhan Yang Maha Esa Lagi berkuasa tanpa bantuan siapa Aku yang hina ini Aku memohon, Tuhan Bantui aku, rahmati aku, Tuhan (Tuhan)