Dimana tempat adanya kuasa Disitu juga adanya angkara Dimana ada namanya manusia Disitu juga adanya punca propaganda hipokrasi Yang rendah ingin menjadi tinggi Dan yang tinggi ingin mendominasi Yang lemah ingin menjadi gagah Dan yang gagah ingin terus berada di atas Di dalam hiruk piruk kota Dalam mengejar cita-cita Dimana ada kuasa dan takhta Ramai yang telah menjadi mangsa Bagaikan tiada penghujungnya Bagaikan tiada titik nokhtah Seakan sudah biasa Entah bilakah akhirnya Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara-saudaraku Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju Peduli apa katamu, peduli apa kau mahu Bila senjata ku hunus Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu Cuma hanya ini yang ku mahu Bila kau menjadi kaku Bila kau sudah layu Bila kau tiada lagi bernyawa Aku sudah berada di atas takhta Di dalam hiruk piruk kota Dalam mengejar cita-cita Dimana ada kuasa dan takhta Ramai yang telah menjadi mangsa Bagaikan tiada penghujungnya Bagaikan tiada titik nokhtah Seakan sudah biasa Entah bilakah akhirnya Saudaraku yang yang berada disekelilingku Saudara ku yang sanggup menempuh maut dengan ku Saudaraku yang hidup mati bersama aku Saudaraku yang telah gugur kerana aku Kerana kuasa aku telah menjadi lupa Kerana kuasa aku hampir binasa Hampir ku hilang nyawa, hampir musnah semua Ibarat mati hidup semula Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua Supaya aku sedar Supaya tak mudah lagi lupa Supaya tak mudah megah Dan di atas pasti ke bawah Giliran dibawah berlumba-lumba bersedia menanti masanya Untuk menimpa mengambil alih takhta Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa Didalam hiruk pikuk kota Dalam mengejar cita-cita Dimana ada kuasa dan takhta Ramai yang telah menjadi mangsa Bagaikan tiada penghujungnya Bagaikan tiada titik nokhtah Seakan sudah biasa Entah bila akhirnya Didalam hiruk pikuk kota Dalam mengejar cita-cita Dimana ada kuasa dan takhta Ramai yang telah menjadi mangsa Bagaikan tiada penghujungnya Bagaikan tiada titik nokhtah Seakan sudah biasa Entah bila akhirnya