Kau & aku Senikata: al-z, frequensi & rydzaradzy Penggubah lagu: noh salleh Pemuzik: pedang & zarul addry Adunan muzik: al-z Penerbit: al-z, frequensi & rydzaradzy Kau dan aku bersama berdua selamanya Kan tiba masanya kita bersua semula Kata mereka indah kata dari rupa Tapi dikaunya secantik bak seribu bahasa Itu ternyata walau berbeza Kita serasi bagai tiada benua berdua bermakna Pasangan dikurniakan dari syurga Ditakdir buat selamanya kita di dunia Belum bersua berjumpa mungkin suatu hari nanti Tidak lama lagi saat yang dinanti nanti Pasti ku kaku terdiam kata lafazku bisu Ungkapan kesunyian kedengaran direnunganmu Nyata ku ragu yakin ku malu berdegup jantung bertalu Tatkala aku dan kamukan bertemu Jika siang temannya malam malam temannya siang Siangku pagar awan dan malamku pagar bintang Hanya tangis berseri kanku biarkan berlinang Lantas cahaya kasih kanku jadikan penerang Suara membisik selembut seruling mendayu Sejuk dada tenang resah hilang dibawa bayu Pintaku padanya ku melutut merayu Tanpa hadirmu kan ku jatuh terkulai layu Gambaran terlakar kita berdua bercincin Harap terus bahagia selamanya terjamin Bukan hanya setakat senyuman di atas pelamin Biar engkau bidadari temanku di syurga amin Irama bergema di dalam muzik indah Memisahkan perasaan pahit duka dan resah Tidak terkata apabila ianya menusuk minda Jiwa bergelora hingga tersimpul kata-kata Berlari ke kaki pelangi mencari isi Harap aku kan teliti dalam realiti Rusuk kanan sunyi menanti ditemani Menaruh kasih pada rusuk kiri itu sudah pasti Pesona menggugat hati hanyut dalam dilema Terungkai sudah semua yang dikatakan rahsia Bersyukur ke hadrat kerna masih menghargainya Ku panjatkan doa agar kekal kasih selamanya Dan ku kan sentiasa menunggu Saat ditemukan denganmu ohh bilakan tiba waktu itu Tak sabar menunggu Pabila kan tiba waktu itu Tiba waktu kita kan bertemu Pertemuan aku dan dirimu