Tak dapat nak kugambarkan, sayang Betapa kuat cintaku ini Hanya Tuhan saja yang tahu niatku yang suci Ingin terus hidup bahgia denganmu Dari hari ke hari kurasa Kasih sayangku semakin dalam Tak pernah 'ku benci padamu Walaupun hatiku pernah dilukai Jangan kau pergi meninggalkan aku Tak sanggup kuberpisah denganmu Bagaimana nanti bila aku rindu? Di mana tempat nak kubermanja? Demi Tuhan, 'ku sayang padamu Air mata menjadi saksinya Bagaimana lagi hendak kubuktikan Kesetiaannya cintaku ini? Apakah lagi yang kau mahu? Tak cukupkah pengorbananku? Semoga kau mengerti perasaanku Betapa ikhlasnya cintaku Bila hatiku sudah sayang Bukan mudah nak kulupakan Biarpun pedih dugaan Rela kuhadapi, sayang Cinta lahir dari lubuk hati Bukan sengaja dipaksa-paksa Sekali bila 'ku jatuh cinta, oh, selamanya Aku ingin bersamamu, sayang Jangan kau pergi meninggalkan aku Tak sanggup kuberpisah denganmu Bagaimana nanti bila aku rindu? Di mana tempat nak kubermanja? Demi Tuhan, 'ku sayang padamu Air mata menjadi saksinya Bagaimana lagi hendak kubuktikan Kesetiaannya cintaku ini? Apakah lagi yang kau mahu? Tak cukupkah pengorbananku? Semoga kau mengerti perasaanku Betapa ikhlasnya cintaku Bila hatiku sudah sayang Bukan mudah nak kulupakan Biarpun pedih dugaan Rela kuhadapi, sayang Cinta lahir dari lubuk hati Bukan sengaja dipaksa-paksa Sekali bila 'ku jatuh cinta, oh, selamanya Aku ingin bersamamu, sayang