بسم الله يا رب، يا رب يا ربي، يا ربي Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku Tuhanku, maafkanlah kejahilan hamba-Mu Ku sering melanggar larangan-Mu Dalam sedar ataupun tidak Ku sering meninggalkan suruhan-Mu Walau sedar aku milik-Mu Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku Tuhanku, maafkanlah kejahilan hamba-Mu Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar? Pagi ku ingat, petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh, Tuhanku, Kau pimpinlah Diri ini yang mendamba cinta-Mu Aku lemah, aku jahil Tanpa pimpinan dari-Mu Ku sering berjanji depan-Mu Sering jua ku memungkiri Ku pernah menangis kerana-Mu Kemudian ketawa semula Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar? Pagi ku ingat, petang ku alpa Begitulah silih berganti Oh, Tuhanku, Kau pimpinlah Diri ini yang mendamba cinta-Mu Aku lemah, aku jahil Tanpa pimpinan dari-Mu Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun Kepada hamba-hamba-Mu Selangkah ku kepada-Mu Seribu langkah Kau padaku Tuhan, diri ini tidak layak ke syurga-Mu Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu Kutakut kepada-Mu Kuharap jua pada-Mu Mogaku kan selamat dunia akhirat Seperti rasul dan sahabat Seperti rasul dan sahabat (اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ) Seperti rasul dan sahabat (اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ) Seperti rasul dan sahabat (اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ) Seperti rasul dan sahabat Seperti rasul dan sahabat Seperti rasul dan sahabat