Muda Kita mudah lupa Muda Takkan selamanya (selamanya, selamanya) ♪ Aku masih ingat, zaman tadika Penuh gelak ketawa, kita bahagia Sekolah tamat balik lebih kurang pukul 2 Pasang TV, tengok kartun aku hafal lagunya Masa pergi mengaji kita jalan kaki Masa balik mengaji kita lumba lari Sampai rumah, ulangkaji duduk bersila Boleh keluar balik lepas pukul 5 Pergi rumah Aiman, dia anak orang kaya banyak mainan Lepas tu jumpa kita kat taman Lawan siapa tertinggi atas buaian (buaian) Muda Usia 5 Muda Zaman bahagia Kala ku dikurnia Peluang ulang semula Tak mungkin jalan cerita aku serupa Kak, abang jarang pulang Terus terang, lagi sedap tinggal rumah bujang Mak abang baru beli kuda 4 lejang 500 sayap, rasa macam nak terbang Datang nak merayap, duduk pun tak tenteram Keluar dengan kawan bila dah lewat malam Makin lama makin kabur beza halal haram Tak cerita kat mak, nak elakkan salah faham Maknya tolong sabar Ni perangai budak baru nak belajar Semua nak cuba, semua nak sambar Tak fikir, esok semua nak langgar (langgar) Muda 22 Muda Aku mahu semua Kala ku dikurnia Peluang ulang semula Tak mungkin jalan cerita aku serupa (ayy) Muda 35 Muda Aku belajar bahagia Kala ku dikurnia Peluang ulang semula Tak mungkin jalan cerita aku serupa Bila betul kata, kau dah tiba Terus terang aku menangis gembira Terus aku azan dan iqamatkan engkau di telinga Doakan kau kuat, sihat dan geliga Kau belum sedar, kau belum tahu Muda aku kini hidup di dalam kamu Ambil masa nak dewasa, jangan terburu-buru Satu hari muda kita kan bertemu dalam cucu Jaga hati, telinga, mulut dan mata Ringgit tak ke mana, cermatkan masa Pergi mana-mana bawak nama baba Jangan jadi punca air mata mama (mama) Muda 72 Muda Dah lalu semua Kepada mereka yang kenali Ku susun 10 jari Mohon maaf yang ku sakiti Tanpa ku sedari (ayy)