Kalau sudah jadi orang Singapura Mesti mahu baik, berbudi bahasa Mesti tahan lasak, kuat berusaha Cukup tatatertib, hormat orang tua Barulah orang segan, hormat pada kita Bolehlah dinamakan Orang Singapura Jikalau bekerja, janganlah kepalang Sanggup tanggungjawab, jangan curi tulang Taat dan setia kepada negara Dan begitu pula pada agama Begitu hidup kita, hidup sama-sama Barulah kita bangsa, Orang Singapura Bersungguh sampai jaya, jangan pura-pura Baru orang percaya, Orang Singapura