Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya Menggantikan mentari, terangi malam nan gelita Membakar diri, memberikan cahaya Membiar diri musnah terlebur Berkorban segalanya, penuh rela Biar dimamah arus usia Tidak pernah kenal derita Bagai sungai kasih yang mengalir Tiada perhentiannya, tak bertebing Duhai ibunda, kaulah anugerah istimewa (istimewa) Berkorban jiwa-raga, redahi hidup nan mencabar Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita Hidupmu penuh ranjau, meniti Kepayahan yang tiada kesudahan Tidak sekali mengharapkan Dibalasi permata Cukup engkau rasa bahagia Lihat anakmu berjaya, ha-ha-ah Kau penawar hati duka (kau penawar hati) Walau hatimu terluka Engkau ibu, engkaulah bapak Pabila ayah (ayah) tiada ♪ Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu Wahai bonda