Sebutir benih gugur ke bumi Menjadi pepohon yang hijau merimbun Mewarnai alam dengan keindahan Untuk dinikmati oleh semua insan Yang rindukan ketenangan jiwa Luasnya alam yang indah terbentang Lambang kebesaran dan keagungan Ilahi Burung berterbangan di langit tinggi lambang kebebasan Angin bertiupan mengumpul awan menurunkan hujan Membasahi bumi menyubur tumbuh-tumbuhan Naluri insan suka keindahan Mengubat resah di jiwa dan di minda Kurniaan Allah untuk semua insan Yang mahu berfikir pada keagungan Dan kehebatan kuasa-Nya Tuhan Tetapi ada yang suka menghancurkan Memusnahkan alam dengan tangan yang kejam Usah dicemari keindahan alam ciptaan Tuhan Haruslah di jaga dan di pelihara bersama-sama Sebagai tanda kesyukuran kita pada-Nya (Keindahan) Usah dicemari keindahan alam (Keindahan) Haruslah dijaga dan dipelihara (Keindahan) Sebagai tanda kesyukuran kita pada-Nya (Keindahan) Usah dicemari keindahan alam (Keindahan) Haruslah dijaga dan dipelihara (Keindahan) Sebagai tanda kesyukuran kita pada-Nya Keindahan alam adalah bayangan Pada syurga yang lebih kehebatannya Betapa keindahan menanti di syurga Indah di dunia hanya sementara Tetapi di syurga kekal selamanya Selamanya