Ada seorang gadis Termenung di jendela Memikirkan nasibnya Yang telah ternoda Terpinggir terhina Kerna dosa-dosa silamnya Ibunya telah tiada Begitu juga ayahnya Mengharungi dunia Tanpa pedoman di jiwa Keliru hatinya Antara syurga dan neraka Pada siapa Harus dipinta (harus dipinta) Secebis rasa seulit mesra Di akhir noktah usia dirinya Yang akan berhenti jua Deraian air mata Menangisi dosanya Rebah dia mengharap Keampunan Tuhannya Serta ketenangan Mengharungi dunia yang fana Umurnya masih muda remaja Tetapi terleka kerana Nafsu mengaburinya Namun, Tuhan masih cintakan dirinya Walaupun dosanya selautan dunia oh... Mengapa perlu berasa Berjauhan dari Yang Esa Sedangkan Allah sentiasa Merahmati hambaNya Yang sering terlupa Leka dan alpa terhadapNya Pada siapa Harus dipinta (harus dipinta) Secebis rasa seulit mesra Di akhir noktah usia dirinya Yang akan berhenti jua Harapannya subur kembali Bukti kasih Ilahi Syukur dia ditemukan Jalan kebahagiaan Mengukir ceria Membenam segala Kecewa... Ohh oohoh...