Bagaikan permata di celahan kaca Kedipnya sukar untuk dibezakan Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan Moga tak tersalah pilihan Nur Kasih Mu mendamai di kalbu Jernih setulus tadahan doaku Rahmati daku dan permintaanku Untuk bertemu di dalam restu Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syurga menanti... dia bidadari Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan ketepaksaan Bukan jua kerana keduniaan Mekar hidup disiram Nur Kasih Ya Allah... Kurniakanlah kami Isteri dan zuriat yang soleh Sebagai penyejuk mata Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syuga menanti... dia bidadari Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan keterpaksaan Bukan jua kerana dunia Mekar hidup ini disirami Nur Kasih Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Relaku menjadi miliknya... Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syurga menanti... dia bidadari Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan keterpaksaan Bukan jua kerana dunia Mekar hidup ini disirami Nur Kasih Mekar disiram Nur Kasih