Menyingkap tirai hati Mengintai keampunan Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan Tiap jejak nan bertapak Debu kejahilan Akan ku jirus dengan madu keimanan Tak ternilai airmata dengan permata Yang bisa memadamkan api neraka Andai benar mengalir dari nasuha nurani Takkan berpaling pada palsu duniawi Destinasi cinta yang kucari Sebenarnya terlalu hampir Hanya kabur kerana dosa di dalam hati Telah ku redah daerah cinta ♪ Yang lahir dari wadah yang alpa Tiada tenang kutemui Hanya kecewa menyelubungi Ku gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu Ya Lillahi rabbi Destinasi cinta yang kucari Sebenarnya terlalu hampir Hanya kabur kerana dosa didalam hati Ooh Ku gelintar segenap maya Dambakan sebutir hakikat Untukku semai Menjadi sepohon makrifat Moga dapatku Berteduh direndang kasih-Mu Namun ranjaunya tidak akan sunyi Selagi denyut nadi belum berhenti Durjana syaitan kan cuba menodai Segumpal darah bernama hati Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu Namun masihku mengharap ampunan-Mu Wahai Tuhanku, Ya Allah