Renungi alam ini rasa kesangsian Ku kini berada di alam yang sunyi Hanya bertemankan bintang dan bulan Di malam kelam Hembusan angin bayu pastikan berlalu Seiring dosa lalu yang membelengguku Moga semalam jadi pedoman Dan pengajaran Langkah kaki kananku Menyusuri rumah suci Bermula episod baru Dalam ketulusan hati Bila hati menghadap Tuhan Baru kusedar ada kelemahan Terasa kerdil berbanding Yang Esa Terharu terfikir betapa agungnya Tuhan Tuhanku aku tidak layak masuk syurga-Mu Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku Inginku ubah cara hidupku yang lalu Menjadi hamba yang diredhai selalu Tiada palsu wahai Tuhanku Allah yang satu Kuakhiri sujud dengan doa Semoga dikabulkan hajat Dijauhkan duka lara Kuharap terimalah taubat Bila hati menghadap Tuhan Baru kusedar ada kelemahan Terasa kerdil berbanding Yang Esa Terharu terfikir betapa agungnya Tuhan Rahmat-Mu ku harapkan Ya Allah Rahmat dari-Mu Rahmat-Mu ku harapkan Rahmat dari-Mu