Mata tua yang memandang aku itu Bundar Pudar Dia tak mau bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya "Biar" Katanya, "Biar" Wahai ayahanda Berhentilah walau sebentar Dan renungkan mataku yang melaut Khabarkan yang jujur dan ujar Apa menyerabut? Wahai ayahanda Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu Akukan lemahmu Perikan penatmu Kisahkan jerihmu Aku mahu tahu Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu Harum Senyum Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan "Biar" Katanya, "Biar" Wahai ayahanda Bisikkanlah walau sekali Izinkan aku menumpangkan bahu Berikan aku seperca dari beban kamu Wahai ayahanda Lihatkanlah aku berlari kini Melompat tinggi Setiapnya kerna kau tak pernah pergi Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Apa masih ingat lagi Aku suka lari-lari Kau bagaikan tak peduli Ku biar kau patah hati Apa masih tidak lupa Tengking jerit sama-sama Makan tak mahu semeja Sahabat lebih berharga Apa mampu kau sudikan Ampun maaf ku sujudkan Bisa tidak kau teruskan Ku sesat kau tunjuk jalan Apa layak aku bagi Tak terbalas sampai mati Kau sungguh yang paling tinggi Istanamu syurga nanti Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Aa-aa, aa-aa Ayahanda beta Kekasih beta