Sempurnakah hidupku ini? Tak pernah kasih sayang dikecapi. Kerana sentiasa bimbang akan terluka Berlalu usia begitu saja Satu demi satu kejayaan Kuperolehi dalam kehidupan Tetapi mengapakah tak merasa bahagia? Kekosongan ini makin menyeksa Oh, di sini, oh, di sini buat pertama kali Ku merasakan kehadiran meninggalkan kesan Oh, di sini kau di sisi sudut hati yang sepi Kian terisi dengan kasih melengkapi diri, ooh Dua dunia yang berbeza Telah bertemu atas nama cinta Suratan menentukan Ajal dan pertalian Diri ini pasrah pada-Mu Tuhan Andainya telah ditentukan Di akhir pertemuan perpisahan Biarlah aku rela Mengalami segala Untuk kufahami erti kecewa Oh, di sini, oh, di sini buat pertama kali Ku merasakan kehadiran meninggalkan kesan Oh, di sini kau di sisi sudut hati yang sepi Kian terisi dengan kasih melengkapi diri ♪ Kasih, ku abadi di sini, di sisi, sudut hati yang sepi Kian terisi dengan kasih melengkapi diri, ooh