Hai, cinta dulu-dulu Cinta malu-malu Cinta dulu-dulu Memang susah nak bertemu Bila sudah dapat bertemu Nak cakap apa pun tak tahu Tegak berdiri tersipu-sipu Seram sejuk kaku membisu Sejak kecil sudah diasuh Pantang larang dipegang teguh Mulia sungguh cinta dulu Adat resam budaya Melayu Ala, cinta zaman sekarang Sudah terlupa pantang larang Cinta zaman sekarang Di khalayak ramai, dia pegang-pegang Kalau ditegur, dia meradang Macam harimau nak menerkam Maruah bangsa sudah terancam Kerana perbuatan segelintir orang Hidup penuh berfoya-foya Kalau kahwin pun, tak kekal lama Bila dah dapat yang diidam Habis manis, sepah dibuang Hai, cinta dulu-dulu Ikut nasihat ayah dan ibu Cinta dulu-dulu Kalau nak kahwin bertanyalah dulu Merisik-risik, bertanya-tanya Ayah dan ibu, dan anak siapa? Bila sudah berumah tangga Kekal hingga sampai ke tua Cinta dulu, cinta mulia Ikut aturan budaya bangsa Hidup mereka sungguh bahagia Cangkul dan tanah, memisahkannya