Serangkai mawar Yang kau kirimkan Kini kian layu Aku tak sanggup memandang padanya Keranamu... Hati yang luka Semakin berdarah Mungkin tak terubat Aku tak sanggup menahan pedihnya Memaksa ku terkaku duka Sampai hati kau Mempermainkan cinta suci ku Kau guris hati ku Lalu kau cuba membalutnya Tapi telah ku tahu akan maksud mu Hanya untuk melukakan semula Sebagaimana yang pernah kau lakukan Ku hanya satu di antara... Kumpulan kupu-kupu hiasan dinding mu Sampai hati kau mempermainkan cinta suci ku Kau guris hati ku Lalu kau cuba membalutnya Tapi telah ku akan maksud mu Hanya untuk melukakan semula Sebagaimana yang pernah kau lakukan Ku hanya satu di antara... Ribuan janji yang pernah kau lafazkan yang hanya untuk melukakan Sebagaimana yang pernah kau lakukan Ku hanya satu di antara... Kumpulan kupu-kupu hiasan dinding mu Serangkai mawar Yang kau kirimkan Masih membunuhku Aku tak sanggup menjadi mangsa mu Kerana ku Bukan lagi milik mu