Di mana langkah terhenti Di situlah akan tertumpu Pandangan yang keliru Bicara menikam hatiku Tak guna aku bersuara Cuba tegakkan kebenaran Tetapi kelemahan ada pada diri ini Yang hangat menjadi bualan Sebenar kita ini serupa sahaja Yang ada kelebihan serta kekurangan Pada mata zahirnya kau berpunya Tapi hatimu berlagu pilu Sungguh pun laluanku sering terhalang Kerana kejujuran yang ku pertahankan Biar pun lambat biar tertekan Penghujungnya adalah ketenangan Biar penghinaan datang bertandang Dan kepedihan ku rasa sampai ke tulang Aku berkeyakinan keikhlasan Pasti mengatasi keegoanmu Sungguh pun laluanku sering terhalang Kerana kejujuran yang ku pertahankan Biar pun lambat biar tertekan Penghujungnya adalah ketenangan Mungkinkah sudah tertulis Tiap jurang yang aku daki Dan cerun ku turuni pastinya ku temui Jalan lurus berduri di hati