Harta menjauhi realiti Emosi mendominasikan diri Jiwa kosong bagai pendusta Minda tak seiring dengan hati Nafsu yang memakan segalanya Hidup yang dikaburi ilusi Tiada arah tujuan Malu bertanya sesat di jalan Meluru ke kolam keperitan Hukum alam tak kau pedulikan Tiada arah tujuan. Ya ya ya ya Dapat jangka Sebab angka Jumlahnya bertambah Janji tidak Akan tripping Akhirnya bercanggah Kerana nombor Atas kertas Niat pun berubah Tidak buat akviti Jika tidak yang berupah Sukar berhenti Sudah jadi kebiasaan Urat dawai tulang besi Sekarang peluh kebasahan Dalam kesabaran Rempuh kekerasan Tidak bazir tiap detik Rebut peluang keemasan Ini semua duniawi Kau macam ikan kecil Terjun ke dalam Tsunami, Hanyut terus ke dalam laut Tiada tangan untuk kau paut Dulu sudah cuba beritahu Kini baru kelam kabut Kewangan Terbang ke awangan Terperangkap dalam sistem Mangsa tawanan Tergoda dengan nota Hingga tiada akhir noktah Hanya tengok pada pro Terlepas pandang kontra Perkara biasa Sebab tiada yang sempurna, Minda belum cukup jernih Macam perairan Semporna Kena game oleh scam Contoh paling dekat Ponzi Skim cepat kaya Umur belum cecah forty Mahu cuci duit Jangan hantar pergi dobi Lantik satu dari kroni Untuk wayang jadi proksi 8 keturunan Tidak kebuluran Yang kurang bernasib baik Masih berkebun dalam hutan