Getar senandung suralaya menggamit Di ruang sanubari rindu menghimpit Wajah kasihku melirik senyum tangis Sukar untuk kutangkis Getar senandung suralaya menggamit Di sudut perasaan cinta menjerit Bisik kasihku gemersik makin jelas Makin rasa sebegitu ikhlas Kata-katamu bagaikan sinar Yang ditelan kabut Yang sempat kudengar Hanya madah, hanya kata Selamat tinggal Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak 'ku mendakap Kau pun hilang Oh, dari pandangan Getar senandung suralaya menggamit Di sudut perasaan cinta menjerit Bisik kasihku gemersik makin rangsang Makin rasa sebegitu terang Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak 'ku mendekap Kau pun hilang Bukan beralah kecewa kerana cinta Tapi berduka kecewa kerana rindu Perjuanganku hanya satu Bekalan hidup dan matiku Ingin kurasa oh bersama Yeah! Yeah! Yeahhh! Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak 'ku mendekap Kau pun hilang Aku tersentak langsung tersedar Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan Terbayang seribu kemungkinan Tergerak 'ku mendekap Kau pun hilang Oh, dari pandangan