Dengarkan ketika engkau berasa sedih atau tika hati Dihiris dan rasa pedih Sudah letih, menangis mengalir air mata mahu luahkan Tapi tiada kata-kata? Rasa buta mata ditutupi airmata bagai tembok yang Dipenuhikan batu-bata Jangan takut, lagu ini bakal jadi ubat agar hatimu Gembira dan berasa sihat Ini nasihat dalam lagu tiada tersirat dengar dan Rehatkan hatimu yang sudah penat Jaga-jaga hati berubah dalam masa singkat Iblis dulu pun pernah jadi ketua Malaikat Lihatlah, bukan kau seorang yang bersedih Dunia penuh dengan sakit perit juga pedih Ada yang menangis kerana dia disisih Ada yang merayu mahu minum air bersih Tapi masih tiada yang fasih bahasa dunia Biarkan jiwa mati reput macam mumia Tu dia, jawapan ada didepan mata mengadu pada Dia Bukan pada manusia Sia-sia, jika kau sedih kerana dunia sisa-sisa hidup Dipenuhi tangis tak bermakna Jadi cakna dan jagalah diri kamu sendiri, cuba belajar Bangun dan teruskanlah berdiri Diri kamu adalah teman baik dan tetamu Hormatilah diri kerana kamu hanya satu Kamu istimewa ucapkanlahnya dibibirmu "Aku istimewa sampailah ke hujung waktu" Kamu kacak kamu cantik kamu Raja kamu Ratu Bukan dua bukan tiga bukan empat hanya satu Senyumlah, tapi jangan senyum palsu Senyumlah, selagi engkau masih mampu Macam lampu, menerangi kamu dalam gelap walau Dalam cerah kau masih boleh terlelap Terapkan, kasih sayang didalam hati Serapkan kerana Kasih sayang takkan basi Makan nasi, alamak sudah jadi bubur sakit gusi tapi tak Sesakit dalam kubur Jangan takbur, fahami ini punya puisi jika belum habis Dengar jangan cuba tafsir isi