Kishore Kumar Hits

Eabidak - Dengarkan Ketika Sedih V şarkı sözleri

Sanatçı: Eabidak

albüm: Sendu


Siapa, pernah rasakan mati tapi masih hidup?
Mata pun sudah kuyup cukuplah jantung berdegup,
Sebab, nafas dihirup hanya bawa cerita baru,
Tapi jalan cerita sama dimana hidupmu sayu,
Kan? Penat kau ulang dan hadap benda yang sama,
Kenapa muka surat satu, dua dan tiga sama?
Kenapa sakit kau rasa tak hilang walau dah lama,
Dan kau pun lupa antonim duka itu apa nama,
Sama, ku pun begitu, ku tulis dalam lagu,
Empat kali ku lepas beratnya berganda bahu,
Dan aku tahu, tapi siapa ku nak terapi,
Andai ku juga tak mampu pulih luka di hati,
Dan aku marah, dan ku terasa,
Kadang ku pasrah sambil kata bagi masa,
Berapa kali ku bicara dengan sang malaikat maut,
Tapi dia kata belum pegang kuat dan berpaut,
Hidup ini tiada belas kasihan wahai kawan,
Tahanlah air mata sambil lihat atas awan,
Hidup tak pernah kesah berapa kali kita pedih,
Jadi dengarlah lagu ini tika engkau sedih,
Hidup ini tiada belas kasihan wahai kawan,
Tahanlah air mata sambil lihat atas awan,
Hidup tak pernah kesah berapa kali kita pedih,
Jadi dengarlah lagu ini tika engkau sedih,
Penat kan bertarung? Duduk tepi rehat,
Mari kita borak kosong harap dikau sihat,
Ternampak parut dada air mata hujan lebat,
Ku peluk dikau sambil kata dikau perlu kuat,
Sebab, kau perlu bagi nasihat sama untuk yang lain,
Jika nampak mereka nangis lapkanlah guna kain,
Tiada yang peduli jadi biar kita yang kesah,
Cubalah senyum sikit biar lebar pipi basah,
Mungkin dunia ini tak mahukan dirimu,
Tapi ku kesah dan mahu ada bersamamu,
Percaya padaku sebab aku tak pandai tipu,
Kan comel tika dikau senyum sambil malu sipu,
Tak aku tak tipu mari kita jadi kawan,
Sekali sekala abai hati sedih kita lawan,
Andai pernah rasa cinta kita rasa sakit,
Bak pelangi yang muncul hasil tangisan atas langit,
Dunia ini tidak adil tapi kita bukan dunia,
Kuatkan semangat dikau jangan biar sia-sia,
Andai ada cerita lagi yang dikau mahu ceritakan,
Menangislah disisiku sambil kita sujud Tuhan,
Hidup ini tiada belas kasihan wahai kawan,
Tahanlah air mata sambil lihat atas awan,
Hidup tak pernah kesah berapa kali kita pedih,
Jadi dengarlah lagu ini tika engkau sedih,
Hidup ini tiada belas kasihan wahai kawan,
Tahanlah air mata sambil lihat atas awan,
Hidup tak pernah kesah berapa kali kita pedih,
Jadi dengarlah lagu ini tika engkau sedih,

Поcмотреть все песни артиста

Sanatçının diğer albümleri

Benzer Sanatçılar