Berduka dahulu itu ku diperli Jerat nya ditarik untuk ku kembali Kehidupan yang tak ingin ku hayati Adakah aku perlu terima lagi Dalam ketenangan aku menangis, aku tak mahu dilihat Biarkan duka buat hati terguris, aku dah tak mahu ingat Ku tak berminat, hati dicemari dunia, lupa aku akan kurnia Apa guna hidup selamanya andai hati ini firaun mumia Duka aku lain alam, biarkan ia bersunyi Akal aku lain salam, tangisannya dalam rumi Tika minda bermimpi, khayalan derita terasa nyata Kira ku demi hari, tapi mereka tetap pandang ku buta Berduka dahulu itu ku diperli Jerat nya ditarik untuk ku kembali Kehidupan yang tak ingin ku hayati Adakah aku perlu terima lagi Watak lakonan, aktor, ku dilakonkan harus Watak peranan, faktor, lemas ku dalam arus Tidak suka ku berkata bohong, suara ku dari sangkarnya gusi Tapi tanpa palsu aku kosong, dijurikan di pentas ilusi Dalam, ingatan aku katakan, hidup bukan bidang aku Pabila ku dilukakan, hati bak ditikam paku Senyum itu hanyalah ilusi, yang ramai yakin ku tak peduli Tapi sakitnya bertubi-tubi, pabila hati aku dibuli Tangisan aku jujur sebab aku lelaki sejati yang patuh Mereka hina tika duka aku dan anggap jujur kata ku angkuh Maka hati ku pun ambruk, apakah yang engkau tahu? Lihatlah aku jatuh, hati runtuh itukah yang kau mahu? Berduka dahulu itu ku diperli Jerat nya ditarik untuk ku kembali Kehidupan yang tak ingin ku hayati Adakah aku perlu terima lagi