Tika melewati, menghampiri rumahmu Ada sesuatu menggamit pandanganku Ku tanya pada mereka Gerangan apa di sana? Rupanya penyatuan dua jiwa Tidak puas hati, aku melangkahkan kaki Terlihat mempelai sedang asyik dirai Semakin ku mendekati Semakin ku tambah pasti Siapakah raja sehari Tersentak rasa di dada Tika bertentangan mata Rupanya memang dia Insan yang aku cinta Tidak aku menyangka Kasih sayang telah berubah Bertanya khabar berita Tidak pernah dia lupa Impianku duduk di situ Hanya dalam mimpiku Rupanya insan lain pilihanmu Ku hanya berserah andai itu suratannya Kerana ku mampu menjalani hidupku Cuma aku menyesali cintamu selama ini Hanya untuk mempermainkan hati ♪ Tersentak rasa di dada Tika bertentangan mata Rupanya memang dia Insan yang aku cinta Tidak aku menyangka Kasih sayang telah berubah Bertanya khabar berita Tidak pernah aku lupa Impianku duduk di situ Hanya dalam mimpiku Rupanya insan lain pilihanmu Ku hanya berserah andai itu suratannya Kerana ku mampu menjalani hidupku Cuma aku menyesali cintamu selama ini Hanya untuk mempermainkan hati