Buat yang sedang mendengar Dengar ini dengan baik sekali Aku ingin bercakap soal manusia Ya, manusia Manusia bukanlah macam barang Yang kalau kau dah tak nak Kau boleh sedekahkan dekat orang Manusia bukan begitu Yang bila kau dah jemu Kau pandang pun tak mahu Kalau kau lupa, aku ingatkan Manusia ada rasa dan berperang dengan rasa Kalau kau rasa aku bukan manusia yang kau mahu Jadi tolong beritahu Jangan berubah melulu Kau berdebat tentang setia Sedangkan kau pun masih gagal cari apa makna setia Ah, mungkinlah ini ciri-ciri manusia tanpa rasa Bila orang sibuk bercinta, dia pun sibuk nak rasa Tapi ternyata, dia hanyalah seorang pendusta