Kishore Kumar Hits

YAPH - Jangan Tinggal Aku şarkı sözleri

Sanatçı: YAPH

albüm: Jangan Tinggal Aku


Fikiran tentang kamu
Emosi tak menentu
Angin kencang
Serasa kaca yang menusuk
Satu persatu kan?
Antara kita
Yang kau beri layanan yang sama
Hilang loga
Tiada ritma
Belum habis sedih
Kau tinggalkan duka
Ku melaram penat
Hilang arah sesat
Dari jauh aku terlihat
Mawar persis wanita terhebat
Penuh dengah seribu satu helah
Tanpa fikir tiap yang ku helah
Saat ku gelar kau ratma juwita
Kau mula sinar
Sembunyi
Diri ini bersemadi
Bersemayam atas kertas
Lirik jadi saksi
Hasrat jadi bukti
Dengan lagu ini aku merayu
Tolong jauh andai tiada hati
Ku bukan kawasan kau henti dan pergi
Bukannya madu tapi racun yang engkau beri
Namun masih ku disini
Walaupun kerap ku disakiti
Jika ada ruang akan aku juang
Hingga tiba waktu kata pergi akan hilang
Jangan tinggal aku
Jangan tinggal ku sendirian
Usah kau menjauh walaupun ada berjauhan
Jangan tinggal aku
Jangan tinggal ku sendirian
Usah kau menjauh walaupun ada berjauhan
Lorazepam
Sedatif tidak lagi bantu
Kondisi sudah mula haru
Penahan sakit itu hilang catu
Kaca menghiris jiwa
Perasaan ku mula hiba
Muncul delusi luar kawalan
Tidak mampu ku kira
Sampai bila?
Sampai bila senyuman ini cuma topeng?
Apa benar bahagia dalam hidupku
Sekadar kisah dongeng?
Dah ku conteng
Dah ku lakar
Tak dapat lagi ku gambar
Lemas dilautan pilu
Hanyut disitu tiada dampar
Beriku tenang
Beriku peluang merasakan ketenangan
Saat memerangi jiwa
Yang ku mahu hanyalah kemenangan
Tolong jangan pandang sinis
Berhentilah mengeji
Yang ku perlu cuma sokongan untuk mengatasi
Cubalah mengerti
Cuma ku sendiri yang mampu untuk selesaikan
Emosi serapuh kaca jangan lagi kau mahu berderaikan
Mahu ceraikan
Ku mahu jasad dan jiwa ku merdeka bebas
Ku mahu gembira
Bantu lah aku agar tidak tewas
Kuatkan aku
Agar bisa diri ini kembali bangkit
Pimpin lah aku
Agar bisa diri ini melawan sakit
Lapangkan aku
Disaat ku rasa jiwa ini terhimpit
Cukup dengan hanya perkataan
Kau bisa huraikan kusutan yang melilit
Jangan tinggal aku
Jangan tinggal ku sendirian
Usah kau menjauh walaupun ada berjauhan
Jangan tinggal aku
Jangan tinggal ku sendirian
Usah kau menjauh walaupun ada berjauhan

Поcмотреть все песни артиста

Sanatçının diğer albümleri

Benzer Sanatçılar