Kesuraman malamku bagai tidak berbintang Kerana kesepian tiada berteman Kemanakah hilangya kejujuranmu insan Adakah hanya di waktuku keriangan? Punah sudah segala kepercayaan Terhadap insan yang kugelarkan teman Aku tidak mahu lagi diriku dipermainkan Oleh janji yang tak ditepatkan ♪ Tapi kini kecurigaanku berakhir Kau hadir di waktu aku memerlukan ketenangan Walau di mana saja kuberada Kau pasti tetap bersama sepanjang masa Kau beri kekuatan dan keyakinan Untuk tabah menghadapi masa hadapan Biarpun kita berlainan pandangan Ku kira itu tidak menjadi halangan Asalkan kita jujur sesama insan Kebahagiaan pasti berpanjangan ♪ Tapi kini kecurigaanku berakhir Kau hadir di waktu aku memerlukan ketenangan Walau di mana saja kuberada Kau pasti tetap bersama sepanjang masa Kau beri kekuatan dan keyakinan Untuk tabah menghadapi masa hadapan Biarpun kita berlainan pandangan Ku kira itu tidak menjadi halangan Asalkan kita jujur sesama insan Kebahagiaan pasti berpanjangan Terima kasih duhai teman Kebahagiaan pasti berpanjangan