Kian lama ku terperangkap,
Jiwa merana dan memerap,
Pernah terbina hidupku gelap,
Tiada makna tak guna cakap,
Terbelengu tergadah itulah aku,
Aku jemu, aku lelah, aku memerlu,
Oh Ibu, oh Ayah, doakan anakmu,
Restu jalan sufah ku tuju,
Aku mahu hidup bahagia... sebagai harusnya,
Aku mahu hidup beragama... sebagai wajibnya,
Aku mahu menjadi hamba,
Hanya pada yang ESA,
Aku mahu kekal bahagia,
Hidup di dalam syurga,
Segala dosaku, ampunkanlah ya Tuhan,
Segala salahku, maafkan hai teman,
Segala jasaku sebagai kebajikan,
Ku tebus dosaku dengan pengabdian,
Sisa hidup memenuhi maksud,
Semasa hidup janji termaktub,
Budaya hidup jalanku ikut tertunai maksud,
Jalan sufah Ku ikut... Jalan sufah Ku ikut!...
Поcмотреть все песни артиста