Apabila kuimbas kehidupanku daku sedar Ia bagai satu roda berputar Turun naiknya dibaca dan dijangka Banyak muka telah kutemu datang dan pergi Ada lebih lama ada sehari Ada masih ada juga ada yang telah pergi Kekasih menjadi orang asing Rakan karib buat kurungsing Buat apa pening-pening Kusakit hati denganmu Tanpamu kutahu aku saja yang mampu Menentu hala tuju Membahagiakan diriku Mewarnakan hidupku Jangan sekali engkau sangka Hidupku akan merana Hidupku akan sukar Kerana kau tiada aku tak gusar Aku kan terus ikhtiar Walaupun kau tiada aku tak gusar Aku kan ikhtiar Setinggi-tinggi bangunan megah cecah angkasa Bisa runtuh dalam sekelip mata Di mana saja boleh berlaku apa saja Mungkinkah ini naluri manusia biasa Mudah berjanji juga mudah lupa Berdendam dan jatuh-menjatuh sesama kita Musuh jadi teman sejati Orang asing jadi kekasih Buat apa bermuka-muka katakanlah saja Di hatiku pasti ku saja yang ku perlu Menentu hala tuju Membahagiakan diriku Mewarnakan hidupku Jangan sekali engkau sangka Hidupku akan merana Hidupku akan sukar Kerana kau tiada aku tak gusar Aku kan ikhtiar Benarkah wujud teman sejati Benarkah ada cinta nan suci Jika ada buktikanlah Kerana harapan tipisku hampir musnah Pening-pening kusakit hati denganmu Tanpamu kutahu ku saja yang mampu Buat apa bermuka katakanlah saja Aku kan terus ikhtiar