Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa Tiba Syawal, kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira Bertukar senyuman dan salam, ziarah-menziarahi Tutur dan kata yang sopan, saling memaafi Suasana hari raya walau di mana pun jua Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa Kuih dan muih, beraneka macam Makanlah, jangan hanya dipandang Ketupat, rendang, sila nikmati, kawan Penat memasak malam ke pagi Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman Asyik bersembang pak cik dan mak cik Hai, duit raya lupa nak diberi ♪ Berlalulah sudah Ramadan, sebulan berpuasa Tiba Syawal, kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan, semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan, bersyukur tak terkira Kuih dan muih, beraneka macam Makanlah, jangan hanya dipandang Ketupat, rendang, sila nikmati, kawan Penat memasak malam ke pagi Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman Asyik bersembang pak cik dan mak cik Hai, duit raya lupa nak diberi ♪ Pak cik, tahun ni takde duit raya ke? Oh, pak cik, macam takde je tahun ni