Timur, barat, selatan hingga utara Setiap saat tiap ketika Mencari tak berputus asa kumelangkah Serasa dekat boleh disentuh Namun hakikatnya kau terlalu jauh Engkau yang penyayang, pemaaf, pengasih Berkali engkau kukecewakan Ku tetap tak tersisih Kau bagiku bagai gerbang yang sentiasa terbuka Sabar dan tenang menanti setiap ketika Kalaupun kau marah, tidak ketara Aku terus lupa hadirmu dipersia Tidak kusedari diammu gunung berapi Tiba-tiba sahaja meledak membinasakan semua Tiada lagi buatku gerbang terbuka Sesalanku terlewat tiba Kau bagiku gerbang yang sentiasa terbuka Sabar dan tenang menanti setiap ketika Kalaupun kau marah, tidak ketara Aku terus lupa hadirmu dipersia Tidak kusedari diammu gunung berapi Tiba-tiba sahaja meledak membinasakan semua Tiada lagi buatku gerbang terbuka Sesalanku terlewat tiba Aku kini perahu tidak berdayung Ingin kau kudekati, kusentuh Namun hakikatnya kau jauh