Keliru (keliru), keliru (keliru) Mengapa dalam terluka aku masih merindu Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)? Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku? Terasa berat tanggunganku menatang rindu Acapkali kau menjelma di dalam fantasiku Di serambi pilu terdiam membisu Sedekad yang melewati ku kekal keliru Bertanya, mengapa, di mana kau berada? Berserakan soalan bercerana dalam dada Mengapa kini kau puncanya segala dilema? Mengapa kini kau puncanya ku lena tak lena? Takkan ku lupa detik jeda berlima Mengharungi dunia ku terharu, terkesima Walaupun seketika kau satunya adiwira Segenap daya melimpah kasih dan ku terima Namun begitu segalanya sementara waktu Menora menjeratku diperdaya termin lalu Pilihan digentas tanpa ruang untuk ku rayu Kesudahannya sayu bila dibayang namamu Keliru (keliru), keliru (keliru) Mengapa dalam terluka aku masih merindu Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)? Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku? Teringat dahulu kala kau pernah mengajar Ku dituntut erti bersabar tika berlapar Dijadikan iktibar agar tak tersasar Tak dikasar pun tercalar perih apakah wajar? Sejak detik terpisah tak sekali pun dikisah Cuma di balik kaca kau cuba berani singgah Mencerap tanpa kesah, serta mengunci lidah Tiada tahniah, tiada hadiah, tiada khabar yang indah Sanggupkah kau melihat ku terluka? Sendirian tanpa dirimu, ku keliru Kubiarkan pintu hati terbuka Menantikan kepulanganmu Keliru (keliru), keliru (keliru) Mengapa dalam terluka aku masih merindu Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)? Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku? Teratak kita kelam dan sunyi Masih berpenghuni cuma bagaikan tersembunyi Pelbagai derita dalam hasrat mencita Hidup lama gelita tiada lagi yang jelita Tanpa raja yang di sisi, mama mengambil posisi Percayakan intuisi tanpa mengira kondisi Meski mimpi ditangisi kerap membutakan visi Apa maksud mithali ku tercari definisi Darah sama darah takkan dipisahkan Ku pasti ada yang mahu kau ceritakan Di bawah neon berkepul berbilion ion Bergelut cari zion Jah beri ku perhatian Keliru, keliru Mengapa dalam terluka aku masih merindu Dirimu (dirimu), dirimu (dirimu)? Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku?