Mari semua kita Raya rumah di sana (Hi ya hi ya yeah) Aku dengar dia orang kaya Rumah besar kereta mewah Tunggu dulu Akram bagi tahu Rumah itu raya tahun dulu Sirap dia tawar amat Kuih makmur, semperit, tart Tunggu duit tak dapat-dapat Apa kata kita Raya rumah di sebelah (Hi ya hi ya yeah) Aku dengar anak dia lawa Putih gebu bibirnya merah Tunggu dulu Achoi bagi tahu Rumah itu rumah Haji Abu Kau tak ingat Apa kau dah buat Getah scrap dia engkau rembat Jadi kita nak beraya di mana Takkan raya pertama Duduk lepak sahaja Hari raya Orang semua bergembira Kita pula berduka Tak dapat raya Jom raya rumah nenek aku Ada rendang ketupat bahulu Mana tahu dapat dihulur Sepuluh atau lima puluh Tunggu dulu Ayie bagi tahu Nenek sendiri engkau pun tak tahu Dia tak ada di rumah Macam mana engkau tahu Oi sepupu Itu pun nenek aku (Alamak, iye ke?) Aku dah tak ada idea kita nak beraya dimana Jom raya rumah awek 'ku Dia pun tak ada hala tuju Apa kata kita raya Rumah awek dia Kita cuci mata Jemputlah naik sayangku Bawa sekali teman mu (Hi ya hi ya yeah) Juadah sudah sedia Semua di atas meja Tunggu dulu kami mahu tahu Siapa yang masak banyak begitu Kalau kamu tahu 'Ku cabut di kepala 'ku Hantu Jadi kita nak beraya di mana Takkan raya pertama Duduk lepak sahaja Hari raya Orang semua bergembira Kita pula berduka Tak dapat raya Hantu