Setelah sekian lama Tak pernah ku tertanya Mengapa ceritamu begitu sempurna Tanpa rasa curiga dirimu ku terima Dengan ideologi menghina mencaci Darimu ku belajar bersikap kurang ajar Wahai tok guruku kau racun mindaku Namun aku tersedar terlewat dari masa Aku sudah terkena Keliru ku keliru Fikir segala yang berlaku Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara Putih kau jadikan kelabu hatiku menjadi haru-biru Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu Setapak langkah aku dua tapak kau maju Mindaku kau baca bagai sebuah buku Kau buat ku percaya apa ku nak percaya Hidupku kau atur bagaikan catur Bila yang benar kau kata sandiwara Tapi yang sebenar kau bijak putar fakta Bukan sahaja itu tapi yang lebih pilu Kau pecah belah ummatku Keliru ku keliru Fikir segala yang berlaku Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara Putih di lautan hijau aku seumpamanya dipukau Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu Kau beriku ku informasi Tafsiran yang tersendiri Dan demi kepentingan diri Yang kanan kau kata kiri Hingga ku benci, benci, benci pada semua Kerna itu aku sanggup menderhaka Kau telah meracun minda Ku gagal lihat yang benar Nasihat orang tuaku ingkar Kerana kau ku buat ku percaya Mereka mungkar Kau kata mereka mungkar Kau kata mereka mungkar Kau kata mereka mungkar Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara Putih di lautan hijau aku seumpamanya di pukau Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu